gerakan khayra ummah koaufi
(GKU)
Misi
Membina dan melahirkan generasi belia KOAUFI bertamadun Khayra Ummah.
Mendidik dan memimpin anggota KOAUFI dengan cara terbaik bagi mencapai matlamat murni insan sebagai hamba dan khalifah Allah melalui penyebaran ilmu yang benar-benar berteraskan adab, kualiti, kecemerlangan dan usaha menggerakkan dan menginovasi ke arah umat terbaik “khaira ummah”.
visi
Belia Islam yang komprehensif untuk merealisasikan cita-cita ekonomi Islamiyyah KOAUFI.
objektif
Membina imej dan identiti generasi belia ke arah objektif yang lebih segar islami dan bermaruah tinggi.
- Menjadi pemangkin kepada pencapaian misi dan visi KOAUFI
- Membentuk anggota, pelajar, staf dan anggota masyarakat khususnya batu kawan ke arah
menjadi warganegara yang beriman dan bertaqwa - Memelihara, mengawal dan meningkatkan identiti bangsa dan agama menerusi aktiviti-aktiviti
ekonomi, penyelidikan dan pembangunan serta penerbitan digital dan bukan digital - Mengamalkan prinsip Amal Makruf Nahi Munkar.
Garis Panduan strategi jawatankuasa
Bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan program yang dirancang, jawatankuasa ini telah menggariskan strategi komprehensif dalam pembangunan ummah untuk mencipta mencipta kecemerlangan sejagat.
Antara garis panduan strateginya :
1) Membentuk anggota ke arah generasi beriman dan bertaqwa
melalui budaya ilmu, akhlak dan ibadah.
2) Membimbing dan mendidik anggota KOAUFI untuk memahami dan
menghayati ajaran Islam sebenar.
3) Menggerakkan anggota ke arah kehidupan cemerlang dunia dan akhirat.
etika kerja jawatan kuasa
1) Bekerja dengan keimanan dan ketakwaan.
2) Bekerja dengan profesional penuh hikmah.
3) Bertindak sebagai satu pasukan.
4) Bersedia memimpin dan dipimpin.
nilai bersama
Warga Aufi berpegang kepada lima 5 nilai bersama dalam melaksanakan misinya ke arah pencapaian visi yang ditetapkan, iaitu :
1. jati diri
Mempunyai jati diri yang berjiwa merdeka dalam berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara berdasarkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
2. amanah
Menjalankan tugas dengan penuh iltizam, dedikasi dan rasa tanggungjawab selaras dengan aku janji yang telah diikrarkan.
3. kerjasama
Menggembeleng tenaga, pengetahuan dan pengalaman melalui semangat kerja berpasukan yang tinggi untuk mencapai visi dan misi organisasi.
4. Iman, Ikhlas, Integriti
Berkhidmat dengan penuh keimanan, keikhlasan dan berintegriti melalui etika kerja yang sistematik, efisien dan konsisten demi menghasilkan impak yang cemerlang.
5. mardhatillah
Bekerja berlandaskan prinsip-prinsip syariah ke arah memartabatkan ummah demi mencapai keredhaan Allah SWT.