Unit Nelayan KOAUFI Batu Kawan juga dikenali sebagai UNK Batu Kawan adalah sebuah unit yang terdiri dari individu sekitar yang mempunyai pengalaman ke laut atau berstatus nelayan dan juga terbuka kepada individu yang mempunyai minat yang mendalam sektor perikanan atau penternakan. Fokus UNK Batu Kawan adalah untuk memastikan bekalan sumber makanan terjamin, mencukupi dan berkualiti. Melalui aktiviti tersebut, dapat meningkatkan sosioekonomi dan pendapatan individu yang terlibat serta akan memajukan lebih lagi sektor perikanan. Pentadbiran KOAUFI akan menyediakan sangkar atau lot ternakan hasil laut yang akan diusaha sendiri oleh Anggota.